lelaki JANGAN baca,,nanti terasa plak..

dewasa ini..acehh..macam nak wat karangan bm palk farah ney..
ermm penat entry puisi2 farah yang tak bape nak besh tu,,
skang entry pasal lelaki..
hehehe:)gedikss ker kalu wat entry pasal lelaki..
syarat2 untuk membaca entry ini...

1-kene baca samapi habis..t takut salah faham..
2-baca dengan hatii..:Ptutup mata..hahaha..lawak jer..
3-comment,,hahaha,,promote blog nampak..

ok2 start stori eerk..
kenapa skang susah nak dpat lelaki yang setia?
yela,,dowg ney kalau da ada awek pun ngaku takde awek lagi..
single lah..
ayat baik jer kat setiap wanita yang mereka kenal..:P
jika org kuat perasan konfemlah die rasa lelaki itu hanya menyintai beliau sorg dalam dunia ney..
hehehe..FARAH TAK CAKAP SEMUA ERK..:)SESETENGAH..

kadang2 kesian plak biler tengok gadis2 yang terkena perbuatan ketidaksetiaan lelaki2ini..(huhu,,bape la bm aku ney,,hahaha,,sori my beloved teacher)

kegemaran beliau yang bergelar lelaki..
suke pilih banyak2..pasang harapan banyak..pastu choose one..then,,
hancurkan hati yang lain,,,adeh,,sedihnyer,,
pastu suke janji macam2..tapi tak tunaikan pun..semangat2 wanita itu menunggu..:)

diulangi*FARAH TAK CAKAP SEMUA...:)

SO,,,farah nak cadangkanlah kan..kat kaum hawa ney..
kiter kene yakin and confident + + + dengan janji Allah..
"perempuan yang baik untuk lelaki yang baik" then sebaliknyer..
so doalah..kiter dikurniakan suami dan teman hidup yang baik..kalu kiter rasa kiter baik tapi dapat teman hidup kurengg..ada hikmah disebalik kejadian..
renung kembali amalan kiter..:)
1-baikkah kiter kalau solat tinggal?
2-baikkah kiter kalau solat dihujung waktu?
3-baikkah kiter kalu pot pet2 lebih dari berzikir:)
4-baikkah kiter kalau sering hasad terhadap org lain..
annddd ssooo onn...i'm not ustazah..sekadar renungan bersama...
tak sanguup tengok yang kecewa terus kecewa..
yang belum kecewa,,akan kecewa..
:( i'm not so good too..

farah bersyukur dikurniakan "dia"...
sekurang2nyer die bukan lelaki yang maenkan perasaan farah:)insyAllah..
die kenal farah,,then terus masuk meminang..(masa baca wajib cakap sweetnyer:))hehe

ishh lagi satu..ermm kan org cakap couple tu haram kan,,tak berani palk nak cakap..tapi,,,bila dah couple kan,,macam selalu2 jer kua sama,penggang tangan, duk dekat2.,,sandar2..adeh...tu kan perkara2 yang dekat dengan zina..
mendekati zina itu haram hukumnya..zina mata,zina hati,huhuhu,,kankankan?sussah nak jage biler couple ney:)
*NEY PUN TUK RENUNGAN BERSAMA:) FARAH BUKAN BAIK PUN,,*
MAAFLAH KEPADA SESAPE YANG TERASA T_T...
yang baik jadikan ikhtibar,,yang buruk jadikan pengajaran..eh betul ker:?

pari-pariku:)

pari-pariku..
terbang mengelilingi jasa yang kaku..
berlagu riang memandang alam...
pari-pariku..
cuba mengukir sebuah nama..
ukirannya kecil tapi tetap indah..
indah pada pandangan manusia..
hebatkah pari-pariku..
hingga mejadi pujian semesta..
terus terbang megah dengan sorak tepuk insan..
pari-pariku..
bawalah nasib malang tidak terperi ini..
bersama kibaran sayapmu..
jasadku ini hanya mampu memerhati..
ke manakah kau bawa rahsia sunyi itu...
tinggalkanlah hanya secebis kenangan indah..
yang boleh membuat luka dibaluti..
pari-pariku..
berhati-hati pada awan yang cerah itu..
kelak hujan yang turun akan membasahkan sayapmu..
sayap yang menjadi kemegahanmu..
saat itu..
kau bukan lagi pari-pari idaman..
kau hanya cebisan yang tak dipandang..
bukalah sayapmu pari-pari..
terbanglah kau sejauh mungkin..
mengelilingi alam tiada penghujung..
namun ku harap terbang mu..
bukan sia2..
bukan untuk sampah dan kecewa,,
tapi untuk permata dan bahagia:P


p/s--erm ini puisi yang ke berapa entah saya coretkan dalam blog ini..semuanyer nukilan sendiri,,komenla kalu rasa ok..nak cadang pun takpe..doakan saya boleh menjadi penulis novel ya:)

study week ku+exam ku+28.11 ney..

ermm skang ney farah tak banyak bende nak wat..
yela time2 minggu exam..
dari study week hinggalah exam..farah banyak habiskan masa kat surau..
study kat sana jer..balik bilik tuk tido jer..
cehhh..macam study hard..
padahal besejer..tapi dapat kawal mulut ney dari potpet2 cam bese la..
hahaha:)
tak banyak berlaku ape dis week,,tense sket dgn paper..
ermm..actually farah ngah serabut and takut gak nak menghadapi 28/11 ney..
kawan2 yang da tahu tu:)mestilah tau kan,,dah tau tu,makan lah tahu bebanyak..hahaha..gelak sendiri..
farah nak cakap kat semua org..hidup farah da semakin bahagia..:P
sebab farah da pilh jalan farah..
and for the first time..farah kuat macamni..:P
so to all my frenz yang support me tu..
tq so much kay...
tak saba plak nak hadapi hari2 bahagia macam kak chika..
haha..korg kenal ker?
lastly...
sayang korang..hahaha..
tak tau nak cakap per..
bahagia skang ney:)

gadis itu...

termenung merentas selat melaka..
selat di Negeri tempat bermanja..
jauh2 terkenang nasib diri..
saat diri kecewanya tidak terperi..
saat diri ini terlupa akan takdir Illahi..
saat diri hanya memikirkan duniawi..
gadis itu berdiri diatas dewasanya..
dia berdiri di atas kesalahannya..
perhitungan dibuat pada alam..
alam yang peraturannya sudah terbukti..
Apa salah gadis dewasa ini..
salah kah langkahnya hingga jalan hilang di penghujungnya..
salahkah tuturnya hingga tiada lagi bait-bait indah dibibirnya...
salahkah dia???
hingga semuanya berubah
ibarat berubah pokok besar menjadi pokok kecil
sehingga lautan luas jua dikira perseginya
sekeping hati yang sedang terguris
tetap jua terguris tika bulan dan matahari saling bertukaran
tetap jua terguris tika ada insan sedang berangan-angan
gadisku...
kau pandanglah pada bintang, langit, bumi, matahari dan bulan..
disitu kau akan menemukan jawapan..
kau bukan bersendiri
disitu kau lupa pada takdir dirimu
tiada lumrah kehidupan usang
tanpa Dia kita tiada makna dan harapan..

sambutan befday aku(^_^)





kali ini kawan2 aku sambut befday aku kat kedai makan kat lua..
ermm dowg sewa kete viva..
kitaorg sambut 6 org(long.wawa.una.eqa.dexna)
tapi kan ada sebalik citer befday aku..
hehehe..
tapi aku dah tak kisah pasal tu..
sebab aku tau dowg tetap sayang aku..tq kawan2..
luv u..
to long,una and my rummate..tq 4 da present..
yang lain bagilah cepat..
aku kan adik bongsu dalam kelas tu..
to amin and farid..
tq coklat tu..
my favourite..
to dindang..
tq video download tu:)
to "die"
tq jam tgn titus tu..
to all my frenz..
tq2 4 all ur wish..

bila aku dan rumate aku dah bengang!!

cite die camni..
sejak aku ngan mira duk bertapak kat biruni 212 ney..
mungkin jua kat eqa or long yang duk tingkat atas ney..
kitaorg sering dengar hilai tawa pontianak..kasar sangat ker?
lantakla..
dorg ney suke mengilai tak kira waktu..
pagi ker..tengah malam ker..
tapi paling extreme time magrib..
yang beshnyer..dorg ney dak fki..
bukan nak burukkan fki..tapi dowg ney tak reri jage perangai..
aku pun kadang2 kecoh gak..
tapi bertempat la..not everytime..
kalau aku nagn mira..
yang mengilai tu dari kiri kanan bilik kitaorg..
kalau long..
depan bilik..
kalau eqa..
sebelah bilik..
dorg ney satu geng la..
classmate...
aku tak kisah kalau nak bising...tapi kadang2 dahla..
ney hari2..
bayangkanla..
sampai aku nagn mira tau la aktiviti dorg hari2,dorg call sape..
dorg berkenalan ngan sape,mak dorg cakap per dalam hp..
sebab kuatnyer dorg cakap...
kitaorg sabar lagi..
tapi time study week ney pun dowg tak consideer gak..
aku tak tau la time bile dowg study..
every time mengilai jer..
aku pun pelik.,..
at last tadi dah tak sanggup..
aku hantar la dexna,,,
g tegur bek2...
sebab dexna yang selang 3 bilik ney pun leh dengar hilai tawa dorg dengan jelas..
bukan kadang2..
tapi hari2..
tensen!!!
bila dexna tegur..
dorg perli2 plak..
hishhh...
rasa cam!@@###$
dahla bawak nama fakulti..
ermm..
sabar2!!!
semuge dowg paham perasaan kitaorg..

andai hari ini..

andai hari ini aku mengadap Illahi..
maafkanlah setiap kesalahanku..
andai hari ini bukan lagi untukku..
cukuplah hari-hari lepas bersamamu..
redhailah perjalanku pada tuhan yang satu..
namun pintaku pada penciptaku..
agar nafas terakhir ku....
adalah nafas orang2 yang beriman..
nafas hamba yang akan memperoleh keberkatan dan keredhaannya..

selamat tinggal dunia sementara...
dunia yang mencoret sejuta peristiwa buatku..
hingga kadang2 rasa berat kaki ini ingin melangkah lagi..
menghadapi segunung cabaran tetapi sekelumit ketabahan..
kesyukuran ku panjatkan..
kerna punya keluarga dan teman yang setia..
yang kasihnya tak pernah berubah waalu badai melanda..
yang mebuat tawa dan tangisku tidak bersendiri

AKU ADALAH AKU

aku melangkah tanpa nasihat..
aku hanya ada Allah..
namun setiap kali aku berubah setiap kali itu aku gagal…
tewas dengan ketidakdewasaan sendiri..
tewas dengan nafsu sendiri..
hanyut dalam perasaan yang tidak pasti,,
namun aku tidak mengalah..
aku tetap kan mencuba mencari cintaNya..
yang aku pasti..
masih lagi kabur dalam diri..
dalam hati yang masih penuh dosa..
aku bukan ditempatmu..
dikelilingi manusia yang cinta padaNYA lebih dari cinta manusia..
aku ditempatku..
aku mencari jalan keluarku..
aku perlu bimbingan..
bimbingan dari ILLAHI..
bimbingan dari insan yang mungkin bergelar teman hidupku..
namun dia hanya dia..
dia bukan yang aku harapkan..
jalanku tetap jalanku..
aku redha jika dia ditakdirkan untukku..
mungkin aku perlu mencari jalan lain untuk keluar dari kekeliruan ini..
bukan lagi mengharap pada si dia bakal teman hidupku..
kadang senang untuk menuturkan.
tapi berat untuk lakukan..
namun..
aku masih mengharap..
ada hati-hati yang sudi membimbingku…
aku masih mencari jalanku…
masih dalam kekeliruanku..
masih mencari cintaNya buat keberkatan sesuatu..
sesuatu yang bergelar kehidupan..

picture2!!!!









*pantai batu buruk*~~ngan 6 gurls~~




Facebook Membunuh Rakyat Palestin?

Kini, anak kecil yang dibangku sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan perkhidmatan internet, kerana segalanya di hujung jari. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun di tanya, "Mengapa guna internet? Adakah sebarang kerja sekolah yang diberi oleh guru yang memerlukan adik untuk menggunakan internet?" Balasnya, "Tidak. Saya nak tengok gambar kakak dan abang saya di luar negara sana." Ditanya kembali, "Bagaimana?". Di balas, "Tengok dekat Facebook atau Friendster mereka." Zaman ini amat mudah. Walau jauh beribu kilometer, jika rindu, hanya sekali klik dan beberapa taipan di papan kunci (keyboard), rindu yang terpalit di hati pasti terubat.

Facebook. Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaun Facebook? Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu.

Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg. Mengupas peribadi beliau, beliau ialah salah seorang pelajar yang pernah menuntut di universiti yang terulung di dunia, iaitu University Harvard. Namun begitu, di atas kesalahan yang yang telah dilakukan oleh beliau, akhirnya, beliau telah meninggalkan zaman pengajian beliau di institut pengajian tersebut.

Apa yang menyebabkan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Facebook memberi sumbangan kepada pembunuhan rakyat di Palestin adalah kerana Mark, sebagai CEO, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi). AEPi adalah sebuah persatuan yang di anggotai oleh mereka yang berketurunan Yahudi Amerika Utara. Fungsinya lebih kurang sama seperti persatuan-persatuan biasa lain, dan diantaranya adalah menjaga kebajikan ahli-ahli. Berdasarkan kepada laman AEPi, persatuan ini sering memberi bantuan dari segi kewangan kepada beberapa pertubuhan yang menyokong kepada Israel. Salah sebuahnya adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

AIPAC secara umumnya adalah sebuah jawatankuasa yang membantu Israel supaya sentiasa mendapat sokongan kuat daripada Amerika. Antara kejayaan yang telah dibawa oleh AIPAC termasuklah membuat beberapa resolusi bagi menyokong dan mempertahankan hak Israel dalam menghadapi puak terrorist, yang dinamakan mereka sebagai Hamas dan Hizballah[1]. Sebagaimana kita mempercayai dan meletakkan harapan yang tinggi kepada para remaja/ belia, begitu juga dengan mereka. Pertubuhan ini percaya bahawa kunci kepada kekukuhan hubungan US-Israel pada masa hadapan adalah dengan mendidik para pemimpin belia yang ada hari ini. Justeru itu, mereka mewujudkan ‘AIPAC on Campus'. Program latihan AIPAC (AIPAC's training program) bekerjasama dengan sekolah-sekolah tinggi (high school), dan pelajar-pelajar universiti (sama ada undergraduate ataupun postgraduate) dalam melatih para pelajar bagaimana untuk mengukuhkan hubungan US-Israel melalui penglibatan di dalam bidang politik[2]. Program ini dinamakan sebagai AIPAC's Political Leadership Development Program. Pemimpin-pemimpin muda ini juga akan turut dilatih untuk menjadi seorang yang pro-Israel[3]. Disebutkan juga di dalam laman web AEPi, bahawa ramai pemimpin terbaik AEPi bergiat aktif dalam AIPAC di kampus mereka[4]. Melalui penerangan-penerangan diatas, dapat dilihat bahawa terdapat kerjasama di antara AEPi dan AIPAC.

AEPi juga adalah sebuah pertubuhan yang memerlukan komitmen daripada ahli-ahlinya sepanjang hayat. Alumni AEPi adalah antara mereka yang akan memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini sama ada dari segi kewangan, mahupun kepakaran[5]. Disebabkan hal ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Mark Zuckerberg, sebagai salah seorang alumni AEPi, secara tidak langsung terlibat dalam menyediakan ‘kemudahan' kepada pihak Israel untuk terus menyerang Palestin.

Jadi, bagaimana pula Facebook boleh menyumbang kepada Israel sedangkan ianya hanyalah sebuah laman yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna yang mahu mendaftar? Dari mana datangnya sumber kewangan Facebook seperti yang diwar-warkan? Sebagaimana laman web lain yang menyediakan bahagian untuk pengiklanan di laman mereka, begitu juga dengan Facebook. Melalui iklan-iklan tersebut, secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada Facebook. Apabila sesuatu iklan dipaparkan di sebuah laman web, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan tersebut perlu membuat bayaran diatas ruang yang di'sewa'. Terdapat beberapa sistem yang digunakan sebagai cara bayaran bagi sesebuah iklan di Facebook[6]. Salah satu sistem yang digunakan adalah Pay per click (PCP)[7]. Melalui sistem ini, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa iklan berdasarkan bilangan kunjungan yang diterima oleh sesebuah laman, melalui iklan yang di paparkan. Jika banyak kunjungan yang diterima, maka bayaran yang akan diterima oleh pemilik ruang sewa juga akan meningkat. Sistem lain yang digunakan adalah Pay per Impression[8]. Bagi sistem ini pula, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa bagi setiap kali iklan dipaparkan di laman mereka. Terdapat laman web yang menggilirkan paparan iklan di laman mereka disebabkan oleh banyaknya mendapat tempahan iklan dengan keadaan ruang sewa yang terhad. Maka, di dalam suatu masa, hanya beberapa iklan sahaja yang akan dipaparkan.

Berdasarkan kedua-dua sistem pengiklanan ini, kedua-duanya akan memberi manfaat kepada pemilik ruang sewa, tambahan pula, jika laman tersebut sentiasa mendapat kunjungan yang ramai daripada para pengguna internet. Ianya dapat dilihat di laman tersebut sendiri. Facebook menawarkan harga pengiklanan serendah US $1 satu hari[9]. Jika satu hari 100 orang pengguna Facebook tertarik dengan iklan yang dipaparkan di Facebook, dan langsung mengambil langkah untuk ke laman web tersebut, maka, akan menyumbanglah dia kepada peningkatan ekonomi Facebook.

Selain itu, Facebook turut menjana ekonomi dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap aplikasi yang direka dan dihantar oleh pengguna, Facebook mengenakan bayaran terhadapnya. Bayaran tersebut tertakluk kepada status penghantar aplikasi, seperti golongan pelajar sama ada golongan bekerjaya. Harga yang paling rendah ditawarkan adalah kepada golongan pelajar iaitu sebanyak $175[10].

Seperti mana laman-laman web yang terdapat di alam maya ini, Facebook juga berhak mendapatkan keuntungan diatas perkhidmatan yang telah mereka berikan kepada masyarakat, terutamanya para penggunanya. Ada sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai salah satu cara untuk mengekalkan hubungan dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai. Malah, ada juga segelintir yang menjadikannya sebagai medan dakwah. Walaupun sepotong ayat ditulis, jika dicampakkan oleh Allah hidayah ke dalam hati seseorang, tidak mustahil dakwah itu akan menampakkan kesannya, walaupun ada yang mengatakan alasan dakwah itu sebagai yang lapuk.

Orang-orang awam dan pengguna seperti kita, sukar untuk mengetahui kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan yang dibuat. Satu demi satu maklumat dicungkil untuk melihat perkaitan Facebook dengan organisasi-organisasi yang terlibat dalam usaha ‘menghilangkan' Palestin daripada peta dunia. Hakikatnya kita hanyalah pengguna Facebook yang berusaha untuk memanfaatkan kemudahan yang ada. Juga, jika ketika sesi pendaftaran pengguna (user sign up) dilakukan, tertulis disitu ‘Facebook menyokong Zionisme', adalah suatu yang mustahil pengguna Facebook akan meningkat kepada angka yang ada seperti hari ini[11].

Hari ini, jika di lihat dan di cari melalui enjin pencari (search engine), banyak dakwaan yang menunjukkan hasil ekonomi yang diperoleh daripada Facebook menyumbang kepada Zionis yang bertapak di Israel. Antaranya adalah apabila Mark Zuckerberg turut tersenarai sebagai selebriti yang hadir ke perayaan sambutan ke-60 Israel pada tahun 2008[12]. Bagi menentukan kebenarannya, tentu sahaja bukan mudah, kerana seseorang mampu untuk berbuat apa sahaja bagi melindungi diri sendiri. Namun, kita sedar bahawa pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Apa yang perlu ialah sentiasa berhati-hati. Gunakan Facebook sebaik mungkin. Jika dakwaan mengatakan hanya dengan sekali log in, kita telah menyumbang kepada kekayaan Facebook, maka, kurang kan ‘kemasukan' kita ke dalam Facebook. Apabila benar-benar terasa ada kepentingannya, barulah log in. Jika terasa tidak bertambah amal dalam diri, elakkan daripada melakukannya. Hal ini adalah kerana, segala perubahan terletak pada diri kita. Masih banyak urusan di luar sana yang perlu kita lakukan, selain untuk selalu log in ke dalam Facebook.

Kata-kata yang dipetik daripada pencarian di internet hari ini, ‘log out and get a life outside there... see the skies!'

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu[13].

cerpen nukilanku~~inilah kehidupan~~

Di keheningan malam, kelihatan gerak tubuh orang wanita yang sedang kusyuk menghadap penciptanya. Diaberdoa dalam linangan air mata supaya Allah mengampuni segala dosa-dosa silamnya. Jam menunjukkan pukul 3 pagi namun Aisha,wanita tersebut masih setia di sejadah cintanya.silauan cahaya dari lampu tidurnya menampakkan kesungguhannya memohon keampunan. Bagi Aisha segala esak tangis taubatnya masih tidak cukup berbanding dosa silamnya.
Sebagai seorang wanita yang dilahirkan dengan kecantikkan semula jadi,tidak hairanlah dirinya sering menjadi igauan lelaki ke mana sahaja kakinya melangkah. Jodoh pertemuan adalah kuasa illahi, Aisha dijodohkan dengan seorang lelaki yang beriman oleh kedua orang tuanya. Aisha tidak dapat menolak kehendak orang tuanya walaupun batinnya menjerit membantah tindakan itu. Ketika majlis penikahannya berlangsung, muka Aisha masam mencuka,tidak sedikit pun menunjukkan riak kegembiraan.
Setelah semuanya selesai, Aisha berada di dalam bilik bersama suaminya,Adam. Keadaan menjadi tegang apabila Aisha meminta hubungan mereka tidak mendatangkan apa-apa hasil dan Aisha tidak mahu perhubungan ini bertahan dengan lamanya. Setelah kedua-dua diam sebentar,Adam memulakan bicara.
“sayang… salahkah kalau kita mencuba untuk menyayangi satu sama lain. Masjid yang baru kita bina ini akan saya pertahankan. Setelah saya menikahi awak,saya berjanji awaklah pemaisuri hati saya yang akan saya jaga walaupun nyawa saya yang perlu saya korbankan. Sayang… saya berjanji, saya akan membuat awak bahagia disamping saya” ucap adam memujuk Aisha.
“bahagia? Eh,kau dah gila ke? Aku takkan dan tak pernah sayang kau. Aku tak puas dengan kehidupan aku lagi!!! Kalau bukan kerana mak dan ayah,mati-mati aku takkan terima kau! Kau dengar sini eh, perkahwinan ini hanya syarat,bila dah cukup masa ,aku nak kau lepaskan aku!” jerit Aisha.
Adam hanya mendiamkan diri .dia tahu Aisha masih marah kerana terpaksa berkahwin dengannya. Adam juga tidak menyangka akan dikahwinkan secepat ini. Dia juga menurut kata orang tuannya. Walaupun baru menamatkan pengajian dalam bidang syariah di Mesir,Adam akur tentang jodohnya. Bagi Adam pilihan orang tua adalah pilihan yang terbaik.dia akan berusaha menjadi seorang ketua keluarga seperti yang ditetapkan dalam islam. Malam itu Adam tidur di lantai bebantalkan lengan dan berbekalkan doa agar segala-galannya akan menjadi baik.
Hari-hari yang dilalui memang memerlukan segenggam ketabahan. Aisha akan mencari jalan untuk memulakan pertengkaran. Setiap kali berlakunya pertengkaran,Adam akan beralah dan cuba meleraikannya. Aisha yang bekerja sebagai seorang setiausaha di sebuah syarikat masih tidak puas menikmati kehidupan luarnya. Tidak pernah dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, apatah lagi melayan suaminya dengan baik. Adam tetap menunggu saat itu dengan penuh kesabaran.
Suatu hari ketika dalam perjalanan ingin bejumpa dengan Aisha di pejabatnnya, adam melihat Aisha berjalan berpegang tangan dengan seorang lelaki menuju ke sebuah restoran. Jantung Adam bedegup kencang. Pandangannya kelam, Adam cuba mengawal diri, dia beristighfar beberapa kali. Adam tidak mahu menegur Aisha di khalayak ramai kerana boleh menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan. Adam terus pulang kerumah. Adam menunggu aisha di rumah untuk menyelesaikan pekara ini kerana kesabaran Adam ada batasnya dan Adam juga tidak mahu menjadi seorang lelaki dayus.
Pukul 6 petang Aisha tiba di rumah, baru sahaja aisha mahu melangkah kebiliknya Adam memanggilnya.
“aisha,tunggu sebentar, ada perkara yang ingin saya ingin bincang dengan awak” tegur Adam.
“ha? Apa lagi. Saya penatlah. Lainlah awak nak lepaskan saya.” Sindir Aisha
“Aisha!!awak sedar tak ape yang awak kata ni! Tak cium bau syurga perempuan yang meminta cerai tanpa sebab.., dah tiga bulan kita bernikah, tidak ada sedikit ruangkah di hati awak tu untuk saya?? Kenapa awak keraskan hati awak? Apa lagi yang perlu saya buat untuk awak. Apa yang perlu saya buat untuk dapatkan cinta dihati awak.saya tak pernah sentuh awak tapi awak benarkan lelaki lain sentuh awak? Siapa lelaki yang penggang tangan awak tengah hari tadi” luah Adam dengan suara yang agak tinggi.
“oh, jadi awak dah nampaklah segala-galanya..urmm.. encik adam untuk pengetahuan awak, bukan salah saya,saya dah jelaskan pada awak dari dulu lagi, saya takkan pernah sayang awak. Lelaki tadi tu kekasih saya,dan lagi satu lagi untuk pengetahuan awak dalam perut ni adalah zuriat dia.” Terang Aisha tanpa mempedulikan perasaan Adam.
“Astaghfirullah.. Aisha, kenapa awak sanggup berzina? Dosa besar Aisha, dosa besar,, awak tau tak?!!
“awak yang tak ceraikan saya , jadi saya pilih jalan ini. Puas hati awak??” Aisha menjenggilkan matanya lalu berlalu masuk kebilik.
Adam teduduk di sofa seakan tidak percaya, Aisha sangup melakukan perbuatan yang telarang dalam islam. Adam berasa bersalah kerana tidak memenuhi permintaannya sehingga Aisha sanggup melakukan pebuatan terkutuk itu. Adam mengambil wudhuk dan menunaikan solat magrib. Dalam doanya Adam berharap Allah menunjukkan jalan bagi menyelesaikan masalahnya. Setelah termenung panjang di sejadah, Adam bangun lalu mengetuk pintu Aisha.Aisha enggan membuka pintunya.

“aisha, saya tahu awak dengar apa yang saya nak cakap ni, saya minta maaf kerana saya tak lepaskan awak, awak telah memilih jalan yang salah. Saya tak nak orang yang saya sayang mengulangi kesilapan ini lagi. Kita selesaikan secara baik. Saya Adam haikal bin said melepaskan nurul Aisha dengan talak satu. Awak nikahlah dengan pilihan awak dan teruskan dengan jalan Allah. Saya doakan kebahagiaan awak. Maafkan saya tak dapat buat yang terbaik dalam perhubungan ini. Saya pergi dulu, jaga diri awak sayang..” Adam berlalu dari rumah itu dengan jujuran air mata. Itulah kali pertama dia memupuk rasa cinta pada insan bergelar wanita. Hatinya sangat pilu tapi dia redha dengan ketetapan Allah.

Berlainan dengan Aisha, hatinya berbunga riang. Tidak sabar rasanya berjumpa dengan kekasih hati ingin memberitahu berita gembira ini. Akhirnya dia mengikut kehendak hatinya. Namun jauh di sudut hatinya terdetik satu perasaan yang sangat sunyi dan diulit kesedihan.Aisha cuba membuang perasaan itu jauh-jauh.
Keesokkan hari, selepas makan Aisha berkata sambil tersenyum pada Johan, kekasihnya.
“johan,I ada berite baik ni.”
“berita ape?” Tanya johan binggung
“Adam dah lepaskan I, jadi kite bolehlah bina keluarga kite sendiri bersama anak yang bakal lahir ni.” Terang Aisha kegembiraan.
“ha! Adam dah lepaskan u? biar betul, bukan adam sayang sangat dengan u, macam mane plak Adam boleh lepaskan u.?
“erm sebab dia nak kite kawin dan menjalani hidup dijalan yang betul, kenapa u macam tak gembira?” Tanya Aisha.
“erm,gembira,,gembira sangat-sangat…marilah kita balik” jawab johan acuh tak acuh.
Dalam hati johan timbul belbagai perasaan..takut,marah dan binggung. Bagaimana dia mahu menikahi aisha sedangkan dia sudah mempunyai isteri.kesenangan yang dia perolehi juga hasil dari harta isterinya.menikahi aisha bermaksud dia akan kehilangan segala-galanya. Lagipun perhubungan dia dengan Aisha hanya sekadar mengikut nafsu. Johan pening dan buntu memikirkan untuk menyelesaikan masalahnya.

Malam tersebut johan tidak dapat melelapkan mata. Pelbagai cara dia fikirkan untuk menyelesaikan masalah ini. Johan betul-betul buntu kerana di sudut hatinya dia menyayangi isteri dan anaknya. Jika perkara ini terbongkar, johan pasti isterinya mesti meminta cerai. Johan semakin buntu dan akhirnya johan mendapat idea. Johan terpaksa melakukan semuanya demi kepentingannya bersama keluarganya.

Keesokan harinya johan bertemu dengan aisha. Johan berterus terang pada aisha yang dia sudah berkahwin dan meminta aisha mengugurkan kandungannya dan kembali bersama adam. Johan mengatakan perhubungan ini hanya sebuah kesilapan. Johan tidak sanggup meninggalkan keluargannya untuk bersama Aisha.
Tiba-tiba pandangan Aisha menjadi kelam.. dia duduk sebentar di sebuah bangku berdekatan tempat itu. Johan rasa bersalah namun hanya itu jalan keluar yang ada. Setelah lama minit kemudian Aisha mengangkat kepalanya.merah mata Aisha dengan jujuran air mata.
“awak ingat nak lepaskan diri macam tu!! Ok fine..awak dah ada jalan awak, saya pun ada jalan saya! Kalau awak tetap tak nak bertanggungjawab saya akan beritahu isteri awak!” tengking Aisha sambil berlalu meninggalkan johan. Johan memanggil Aisha namun Aisha tidak berpaling sedikit pun.
Hati Aisha remuk. Orang yang paling disayanginya sehingga dia sanggup mengadai maruahnya telah mempermainkan perasaannya. Kakinya bagai tidak bolah melangkah lagi. Air matanya tidak putus-putus berjujuran.
Sampai di rumah Aisha terus menuju ke katil. Aisha terus menangis. Baginya kehidupannya sudah sampai ke penghujungnya. Dia mengusap perutnnya yang semakin membesar. Tidak tahu ingin mengadu masalahnya pada siapa.kalau mengadu pada ibu bapanya, tentu dia di buang keluarga, pada kawan-kawan pula sudah lama dia mengasingkan diri dari kawannya yang kecewa dengan sikapnnya bersama johan. Saat itu dia rindu pada pujukan dan nasihat- nasihat lembut adam.
“ahh..kalaulah aku boleh putarkan masa..” tangis aisha lagi.
Aisha mula mahu membuat tindakan bodoh. Dia ingin membunuh diri, lalu dia ingin kedapur untuk mengambil pisau.baginya tiada lagi guna untuk hidup. Baru sahaja ingin melangkah ke dapur telefon bimbitnya berbunyi. Aisha bercadang ingin mematikan telefon itu namun setelah melihat nama adam tertera di skrin laju tangannya menekan butang hijau.
“ Assalamualaikum Aisha” suara lembut adam di hujung talian.
“waalaikummusalam” jawab Aisha tersekat-sekat.
“maaflah menganggu Aisha, tapi saya hanya sekadar ingin bertanya khabar dan mahu mengetahui keaadaan Aisha sebab sebelum habis edah Aisha tetap di bawah tanggunjawab saya. Lagipun Aisha kan sedang berbadan dua.” Kata Adam memulakan bicara.
Aisha tidak dapat membendung air matanya lagi.
“adam..saya…” esak tangis Aisha semakin menjadi –jadi.
Adam kebingungan..
“kenapa Aisha, kenapa awak menangis..”Adam turut hanyut dalam kesedihan Aisha..dia membiarkan aisha menangis seketika untuk meluahkan perasaan sedih..
Sepuluh minit kemudian bila keadaan menjadi tenang, adam bertanya kembali pada Aisha.
“Aisha, berkongsilah dengan saya masalah awak,jangan simpannya seorang diri,, kalau ada yang boleh saya tolong saya akan tolong dengan izin Allah.”pujuk Adam.
Aisha menceritakan semuanya pada Adam. Dia juga bercadang ingin membunuh diri.
“astafirullah.. Aisha….. saya faham perasaan awak tapi kematiaan buakn ada kesudahannya. Awak bersedia mengadap Allah dalam keadaan awak macam ini? Nasihat adam.
“saya tahu adam tapi saya tiada jalan lain. Saya ingin memberitahu isterinnya tapi tidak sampai hati kerana saya tahu apa perasaan seorang perempuan bila suaminnya curang.
“ aishaku.. dengar kata-kata saya ini. Apa yang lepas itu biarlah ia berlalu, setiap kejadiaan pasti ada hikmahnnya. Kalau awak tetap bersamanya mungkin awak tidak akan bahgia maka Allah telah memutuskan perhubungan ini untuk memeberi kehidupan yang lebih baik pada awak. Berilah ruang pada diri awak untuk kembali pada jalan awak, peliharalah anak yang bakal lahir itu pada jalan yang benar supaya dia tidak mengulangi kesilapan awak. Anak adalah harta yang tidak ternilai Aisha. Hargailah pemberian Allah.” Lembut kata-kata adam.
Aisha mula tersedar akan kesilapannya.sedikit demi sedikit dia dapat menerima kata-kata adam.
“Aisha, kalau awak ingin tahu, awaklah perempuan pertama yang bertahta dihati saya. Cinta saya ikhlas pada awak kerana cinta saya pada Allah. Aisha.. sudi tak awak bersama saya semula , memulakan kehidupan yang baru. Insyaallah saya akan menjaga awak dan anak yang bakal lahir itu dengan baik.” Kata haikal.
“adam..terima kasih…saya berjanji sya akan menjadi yang terbaik untuk awak, maafkan kesilapan saya adam” jawab aisha dengan sedu sedan penuh terharu.

Kehidupan yang mereka lalui selepas itu sangat berbeza. Adam menjaga Aisha dan kandungannya seolah-olah seperti anaknya sendiri. Aisha pula sudah menjadi isteri yang soleha. Dalam hati adam dia memanjatkan syukur kerana Allah menyelamatkan rumah tangganya. Aisha semakin sarat mengandung. Adam tidak membenarkan Aisha bekerja. Dia hanya ingin Aisha berehat sahaja dirumah. Keprihatinan dan kasih sayang adam membuatkan Aisha kagum dengan ketetapan illahi. Dia berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya dan berusaha menjadi isteri yang soleha.
Saat yang ditunggu telah tiba. Aisha selamat melahirkan bayi lelaki.Adam dan Aisha tidak putus-putus memanjatkan kesyukuran. Mereka menjalani kehidupan dengan bahagia bersama haikal anak yang baru lahir itu.
Lima bulan kemudian, adam terpaksa ke mesir atas urusan kerja. Pada waktu itu Aisha tidak berapa sihat. Sebelum berangkat ke mesir, adam menemani Aisha ke klinik. Aisha disahkan mengandung. Betapa bahagiaanya adam ketika itu bagai mahu sahaja dipeluk dan dicium isterinya di situ namun adam sedar dia dihadapn doctor. Adam hampir saja membatalkan urusannya ke mesir tapi dilarang Aisha.
“abang..pergilah,,sayang boleh jaga diri. Selama ini pun abang dah banyak manjakan Aisha” pujuk Aisha.
Adam akur dengan kata-kata Aisha. Walaupun hati Aisha berat untuk melepaskan Adam selama dua mingu kerana tidak pernah berpisah dengan adam selama itu. Aisha menantikan kepulangan Adam dengan penuh sabar.
Sebelum Adam pergi adam mengucup dahi isterinnya dan anaknya haikal. Air matanya mengalir kerana terpaksa meninggalkan keluarganya.
“sayang jaga diri bila abang tiada nanti, jaga kesihatan dan jaga adam anan kita baik-baik” pesan adam.
“baiklah abang.” Jawab aisha dengan linangan air mata.
Dua minggu berlalu bagai dua puluh tahun lamanya. Setelah dua minggu berlalu, Aisha bersiap- siap ingin menjemput adam di lapangan terbang. Malam tadi adam menelefonnya supaya mengambilnnya di lapangan terbang pada pukul lima petang. Adam tidak dapat berbual panjang kerana terlalu letih atas urusan kerja. Aisha faham akan keadaan adam dan menyuruh adam tidur awal.
Baru saja mahu melangkah keluar,telefon rumannya berdering. Aisha mengangkat ganggang telefon. Dua minit kemudiaan aisha jatuh terjelepuk, sambil memandang haikal di pelukannya, Aisha menangis. Kapal terbang adam terhempas, dan adam disahkan meninggal di tempat kejadian. Pandangan Aisha gelap. Rengekan haikal menyedarkannya. Aisha bergegas ke hospital.
Upacara pengebumian diadakan di rumah orang tuanya. Aisha tidak kuat untuk meneruskan semuannya. Haikal juga dijaga oleh orang tuanya. Sebulan berlalu, badan aisha menjadi kurus kerna tidak lalu makan. Selepas menunaikan solat isya aisha tertidur di atas sejadah. Aisha bermimpi Adam datang sambil memeluk dan mengucup dahinya. Dalam mimpi itu adam member kata- semangat pada Aisha.
“ sayangku, janganlah berputus asa. Allah sentiasa menjaga awak dan anak kita. Sayangku.. jagalah diri awak agar awak dapat menjaga keluarga kita dan anak kita yang bakal lahir. Dia adalah harta yang saya tinggalkan untuk awak. Sayang.. kita hanya berpisah sementara.. berdoalah kita ditemukan di taman syurga.. InsyaAllah..” adam pergi dengan sebuah senyuman.
Aisha tersedar dari mimpinya, lalu dia beristigfar. Dia telah mengabaikan anaknya. Keesokkan hari nya dia meminta izin kedua orang tuanya untuk pulang kerumah dan menjalankan kehidupan seperti biasa. Kedua orang tuanya bersyukur atas perubahan Aisha.
Walaupun Aisha berasa sangat sedih namun dia perlu berjuang untuk anak-anaknya. Setiap hari dia berdoa dia akan bertemu adam ditaman syurga………
Nukilan..
Siti nurfarah ain bte mohd shah..

LEVEL OF LOVE BASED FROM AL-QURAN~~iluvislam~~

Menurut hadis Nabi: Orang yang sedang jatuh cinta, cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu).

Sabda Nabi: Orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu).

Sabda Nabi juga: ciri dari cinta sejati ada tiga -
(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan
(3) lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai dibanding kemahuan orang lain/diri sendiri.

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah SWT, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.

Dalam Qur’an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, mahunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

2. Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih walaupun ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.

Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antara orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur’an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim.

Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim ertinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.

3. Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedut seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.

4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) boleh jadi seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyedari apa yang dilakukan. Al Qur’an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, isteri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.

5. Cinta ra’fah, iaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak sanggup membangunkannya untuk solat, membelanya meskipun salah. Al Qur’an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kes hukuman bagi pezina (Q/24:2).

6. Cinta shobwah, iaitu cinta buta, cinta yang mendorong kelakuan yang menyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur’an menyebut term ni ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)

7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur’an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur’an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahawa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma’tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as’aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa’ika,
aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.

Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab “Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin”, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, (hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi).

8. Cinta kulfah yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur’an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)

Isu Sebat : Jawapan Kepada Tun Dr.Mahathir

Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, berkata di dalam blognya : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Beliau kemudiannya berkata :

"Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?
Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan."

Sebagai menyahut pertanyaan Tun tersebut, saya sediakan artikel ringkas ini memberikan input kepada beliau dan mereka yang masih tertanya-tanya.

ARAK DAN STATISTIK KEBURUKANNYA

Sebelum saya menghuraikan secara ringkas jawapan bagi persoalan Tun Dr Mahathir, izinkan saya meningingatkan pembaca berkenaan arak dan statistik keburukannya, sehingga menyebabkan Islam begitu bersungguh melarang dan meletakkan undang-undang ke atas peminumnya juga. Ia sebenarnya tidak lain kecuali untuk mengutamakan keadilan umum, di atas hak individu.

Menurut statistik rasmi di United Kingdom, Alcohol-related crime adalah seperti berikut :-

* Hampir 45 - 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alkohol (arak).

* Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali.

* 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alkohol (arak)

* Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.

(Source: British Crime Survey 2007/08)

Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak. ( sumber )

Tanpa had dan kawalan berkesan, lebih menggerunkan di UK statistik menunjukkan 30% kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan.

Seorang doktor di London memaklumkan purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak. (rujuk)

Dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas.

Secara purata rakyat Britain 'menelan' arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak ‘peminum arak' sebelum ini.

Hasil dari petikan statistik ringkas ini, adakah masih terdapat pemimpin yang begitu ‘TIDAK BERTANGUNGJAWAB' sehingga sanggup mempertahankan penjualan arak dengan MELUAS tanpa kawalan dan hanya beriman dengan ‘kawalan diri'?, disamping membawakan hujjah hak kebebasan individu, bangsa, agama tertentu dan hak syarikat?

Sebenarnya, membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dan lain-lain negara aktif arak.

HUKUMAN MINUM ARAK DALAM ISLAM

Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w

Ertinya : Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )

Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain.

Firman Allah swt yang bermaksud:

"Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219)

Lagi Allah menegaskan yang ertinya:

'Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan'( Al-Maidah : 90)

Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.

Kerana itu nabi menyebut, ertinya : 'Arak itu adalah ibu kepada kejahatan' ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)

Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas.

HUKUMAN SEBAT BAGI PEMINUM ARAK

Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawapannya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya :-

1) Hadis Nabi: 'Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka' ( Riwayat Abu Daud)

2. Hadis Nabi : 'Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali' (Riwayat Muslim) [1]

3. Hadis Nabi: 'Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali '(Riwayat Muslim) [2]

4. Hadis Nabi: 'Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) [3], maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)[4]

5. Athar sahabat: Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim ) [5]

6. Hadis Nabi: 'Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)[6]

Jika dikatakan, itu semuadari hadis, maka apakah pula dalil al-Quran yang menyuruh? jawabnya adalah

'Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan' ( An-Nahl : 44)

Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada Al-Quran.

PERBEZAAN TASFIRAN ULAMA

Ulama telah bersepakat bahawa mesti dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit. Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :-

1) Adakah hukuman sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman hudud atau hanya ta'zir.

Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud.

Namun demikian, sebahagian ulama lain seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta'zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak.

2) Jumlah sebatan yang perlu dikenakan.

Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Pertama : Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali : Sebatan sebanyak 80 kali sebatan sama ada lelaki atau perempuan.

Kedua : Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta'zir , manakala 40 sebatan yang awal adalah hudud.

BOLEHKAH PESALAH TIDAK DISEBAT?

Ia bergantung kepada mazhab mana yang dterima pakai oleh Mahkamah Syariah Malaysia, hakim dan negara Malaysia.

Jika Hudud

Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak Allah swt. Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.

Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama[8] melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.

Jika Ta'zir

Jika kesalahan ini dianggap dari jenis Ta'zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie.

Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini.

SEJAUH MANA SEBATAN INI ADIL?

Pertama

Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, tidak layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya. Allah tetap adil walau Dialah yang menyesatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebahagian yang lain. Kerana apa adil? Kerana piawaian adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya. Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia, maka individu tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan Allah swt ini ke sebuah alam ciptaan sendiri.

Kedua

Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kasihan dan bukan dendam kesumat dan ‘geram' memukul.

Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam iaitu [9] :-

* Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.[10]
*
Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
*
Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dan pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
*
Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.
*
Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.

Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah.

Bagi saya, jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu.

Tanda-tanda Taubat Diterima ALLAH

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

Sama-samalah kita memperbanyak lafaz istighfar memohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun. Semoga dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita semua akan tergolong di dalam golongan mereka yang mendapat maghfirah Allah ta'ala.Insya Allah.

"malam Tautan nur qaseh"

ermm malam tautan nur kaseq diadakan di blok uthman 5..tjuan diadakan adalah untuk meraikan junior semester 1 sesi2009/2010 bagi ijazah sarjana muda sains komputer pembangunan perisian.majlis ini dianjurkan oleh pelajar semester 3.. rasenyer tak nak citer panjang sebab blok kawan2 da ada pasal ni..buleh baca kat blog biha,kak nisa and una..nanti fara just upload gamba2 je..
papepun malam tu bestla..fara ngan tain jadi mc..

aku dibius cinta?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


'AKU DIBIUS CINTA'

adalah satu tajuk forum yang dianjurkan oleh exco helwanis fakulti pengajian Islam UDM.

Tempat : Dewan kuliyah Utama UDm
Masa :8.30-11.00
ahli panel : 1)ustaz Anas b.yunus
2)ustaz Fauzi b yusuf
3)ustazah normadiah bt daud
4)saudara kabir(moderator)


Objektif forum ini adalah untuk menerangkan pada para pelajar tentang erti cinta sejati antara lelaki dan perempuan,,
apabila disebut tentang cinta.mungkin ada yang tersenyum dan ada yang menangis..
itulah hakikat cinta,namun disini ahli panel menerangkan peraturan cinta kepada para pelajar agar kita tidak terkeluar dari landasan agama,,

antara peraturan cinta

  • cinta kita kepada seseorang itu hanyalah kerana Allah dan mengharapkan redhaNya
  • apabila bercinta,jangan sesekali langgar peraturan yang Allah tetapkan(seperti berkhalwat,bersentuh2an,berdua2an dan sebagainya yang boleh mendekati zina)
  • cinta itu fitrah yang tak boleh ditolak tapi boleh dikawal.sebaik baiknya di IPTA ini kita hendaklah menumpukan pada tanggugjawab kita bukan cinta. kawal lah nafsu dengan mendirikan solat dengan sempurna,berpuasa,dan membaca Alquran
  • cinta yang sejati tidak lahir hanya pada kecantikan jasmani.
  • jika kita hendak bercinta,kembali pada cinta yang Utama dahulu iaitu cinta pada Allah. nikmat didunia ini hanya sementara tapi akibat azab diakhirat kerana dek terjebak oleh cinta nafsu yang membawa kepada zina matlah teruk.

banyak lagi yang dibincangkan dalam forum yang agak menarik itu..tapi hanya sedikit yang saya mampu kongsikan buat renungan bersama,,

antara mutiara kata dalam forum tersebut adalah.

"tiada wanita yang cantik sangat cantik tapi lelaki yang lemah pada kecantikkan"

"cinta tanpa peraturan melambangkan kelemahan seseorang"

saya harap kawan2 dapat meningkatkan iman dalam mencari cinta yang diredhai Allah..

amin

~~~~~sedih~~~~~~~~~~~

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan
Nur kasihNur kasih
Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran
Nur kasihNur kasih
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pastiJanji suci yang abadi
Ooo kasih
Nur kasihOh nur kasihNur kasih
Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Nur nur ya nur kasihNur ya nur kasihNur nur kasihNur kasih

gado Lagi..

ermm naper la dia masih tak nak percaya kat aku lagi..
masih ragu2 kat aku lagi..
kadang2 bengang saangat2 bile die da start ragu2,,
tapi bila pk balik ape yang die wat kat aku,aku malas nak pk bukan2..
aku harap die berubah,and percaya kat aku..
just tak nak gado2..
dahla jauh,,
huhuhuhuhhu:(

konvokesyen pertama UDM
















pada 12 julai UDM mula meraikan konvokesyen kali pertama..
Alhamdulillah,akhirnye majlis yang ditunggu2 dapat juga dilaksanakan dengan kehendak Allah..
ermm..
pesta konvo diadakan ditapak aktiviti pelajar Udm,
banyak gerai2 dan acara2 yang diadakan sepanjng minggu ini.
setiap malam aku ngan classmate aku pergi ke tapak pestare..
then aku ngan una berpeluang masuk ke dewan konvo,
sebab parents kawan una tak dapat hadir sebab jauh,jadi die bagi kad jemputan tu kat kita org,
:)
malam tadi walaupun hujan,warga UDm sanggup turun ke tapak pesta untuk melihat persembahan kumpulan mestica,yasin and akhbar,,
termasukla aku..
rm13 melayang untuk beli payung,,,
mahal gak sebab kalu bli kat mydin rm5 jer..hehehe,,
papepun tahniah kepada rakan2 yang konvo tahun ney,,,
:)

sensitive??

sensitive kah aku??..

aku pun tak tau sejauh mana aku sensitive..

kadang2 aku nak jek jadi macam org lain..

hati tegar..tak cepat terasa..

tapi dah lama aku cuba..

tetap tak leh...

aku mudah terasa??

aku dah cuba kawal emosi aku untuk memahami yang lain...

tapi sebagai insan biasa aku kadang2 gagal untuk tidak cepat terasa..

kadang sifat aku ney buat aku tertekan..

aku tak nak perasaan mengawal diri aku...

tapi entahla..

susah sangat nak elak..

yaAllah..tentukanlah apa yang terbaik buatku ...

tuhanku yang maha penyayang...:(

exam,,

sejak dua tiga ari ney aku bz sket..
sebab..
aku kene amek exam khas..
last sem...
aku masuk wad ada paper tak amekk...
skang ney perasaan agak tertekan..
sebab dah la last sem amek exam tanpa study,,,
kuar2 je wad terus amek exam...
fuh takutnyer kalau ada paper fail..
tapi harap tak la...
huhuhuhuhuhu...
ermm tadi paper programming...leh tahan ar susah...
kadang2 gaser takleh la lagi nak stand kat sini...
sakit..
study,,,
tapi bila fikir,,,'
Allah tak suke hambanya yang mudah putus asa...
aku masih lagi disini....
ditambah dengan semangat yang kawan2 kat sini beri...
papepun aku berdoa semuanya akan berakhir and aku dapat study ngan tenang...
amin..

blog laGi..

maaf ye teman2 da lama tak update blog sebabnyer mula2 ada masalah broadband then laptop plak rosak...
skang baru ok...
hari daftar masuk balik udm..dapat blok lame..
erm tak kisahla blog mana2..
tadi nampak kak ijah 'sempai'..banyak basuh baju,,hehehe,,
pastu lepak2 makan kat kafe ngan rummate baru.. mira@ my classmate gak..
lepak sekali ngan buyong,kak nad,zarith,ajim,ngan jimmy pun ada,,
sem baru azam baru..apa yang da lepas biarkan dibawa angin berlalu..
hehehe..bestje cakap padahal diri sendiri tak abis exam ag..
maaf ye teman2 tak dapat reply comment...

boRRingg....

emm aku tak tau nak tulis aper dalam blog aku arini sebab duk umah takde idea...
si dia pula banyak keje...
jadi duk jela kat umah..
nak kua boring..
ishh time2 ney ler teringat member kat udm...
ape la maduku una tengah wat..long kong ngan seoulmate dia and buyongku and eqaku..
ermm.. time camni seronok gak pekena nasi kukus sempoi kat traffif light depan UDM tu...
hehehe,,una jom pegi..tapi sem depan ar...
kawan dan teman2 kelasku yang duk selatan..
kalau nak g kawin kak ema kiter g reramai ea..
kite semakkan umah long...
long tak kisah...
hahahahahaaha...
ermm.. da nak kawin classmate aku yang sowg ney..
yang lain biler pulak...
heheheehe...ermm bila si dia nak free...
leh ar kua jalan2....
paepun semuge cuti korg best kay...!!!

Selamat ari kekasiHH (IBUKU)


ari ini..

ari ibu...tapi bagi aku setiap hari adalah ari ibu..

mungkin arini special sket...

ermmm...

papepun...

pengorbanan seorang ibu memang tak dapat dibalas,,,sebagai seorang yang sangt manja dengan mak...

aku amt menghargai kehadirannya...

tanpa dia disisi..aku bukan siapa2...

cinta dan kasihku pada ibu tercinta hanya Allah yang tahu..

aku hanya mampu berdoa aku tidak menjadi anak derhaka...

pada seorang ibu yang sangat mulia...

selamat ari ibu kepada Rabiah bte harun..

adik sayang mak sangat2....



KEMbali!!!!

da lama tak tulis blog..
banyak halangan akhir2 ney..
dengan sibuk final exam...aku plak jatuh sakit...
terpaksa masuk wad dan terpaksa tangguh 3 paper..
tapi tu semua ujian Allah..
aku redha segalanyer..
ermm..semangat kawan2 yang wat aku bangkit..
selain family aku...
aku minta maaf kat kalian sebab sepanjang sakit banyak susahkan kalian...
terutama mak ngan kawan2 aku kat UDM ney..
aku bangga jadi sebahagiaan dari korg...
papepun yang kita lalui dalam hidup ney..
kita perlukan kesabaran..
jangan cepat putus asa..
sebab Allah tak suke hambanya yang cepat putus asa..
masih banyak lagi orang yang lagi susah dari kita...
besok da balik kampung...
mesti rindu kat teman2...
selamat bercuti teman2...peace!!!!

UNTUKmu courseware!!!!

huhuhuuhu..
malam ney aku berpanas mengeluarkan peluh2 usaha..
huhhuhuhu..duk dalam almari ,tutup kipas, duk dalam selimut,untuk dubbing suare demi courseware esok(presentation alpha test)..
demi courseware ku akn ku teruskan jua perjuangan ini,,,huhuhuhuhuhu..
patner aku pulak takde g daki gunung anjuran kolej kediaman,,
terpaksalah aku present sowg esok..
huhhuhuhuhhu..
muge Allah memberkati usahaku..

panduan atasi ZINA hati****

Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

rindu...

aku actually rindu sangat kat abg aku krol aku..
aku ym dier tak reply..
aku mesej dier tak angkat..
dahla nak final..
so aku perlukan nasihat serta sokongan dier..
aku anak last..
aku just rapat ngn dier..ermm..
maybe dier bz...
dier pun nak final..ermm..
arap2 gelombang rindu aku sampai ar kat dier..

lambat datang kelaSSS!!

arini aku ada kals programming..
klas patut start kol 8.30 tapi aku datang kol 10.00..
perkara ini berlaku akibat gempa yang berlaku dalam kepalaku..
aku terpaksa makan ubat tahan sakit and berehat sebentar before klass..
tapi aku dikurniakan seorang pensyarah yang baik...
dia faham keadaanku kerana dia tahu keadaan telingaku..
telingaku hampir dibedah kerana masuk kuman and berdarah..
berpunca dari telinga itu,aku sering mengalami gempa di kepalaku..
huhuhuhu..
tapi aku tak merungut sebab penyakit itu penghapus dosa..
aku pernah mengalami sakit lagi teruk lagi before ni..
so takde pape sangatla...huhuhuhu..
moga Allah sembukan penyakitku...
amin..

kenalan baru...

sharizal....

burfday party lagi*****

ada lgi befday parti malam tadi..
befday malik classmate aku..
tapi kali ini befday mr.malik diatur oleh bakal isterinyeri kak _ _ _ _
hehehehe..
hampir semua classmate aku ada kat kafe masa tu pulun wat COA..
keje last minute..
beselah hidup student kan bz..
pinjam pak guard lighter yang sedang meliarkan matanyer memerhati keaadaan sekeliling...
hehehe..
abis kat ko satu..
sedih..
kene mara ngan somebody...
sebab balik dari kafe lambat..huhuhuhuhuhu..
aku buakn wat salh pun..just sambut befday je pun...
takpelah yang penting kami eppi!!!

aku ada kenal sowg abg ney dalam ym..
budak uniKL..
urmm..dier okayla..
baikla...tak cakap bende2 tak elok..
aku slalu gak ar berkongsi ilmu ngan dier sebab dier sama la fakulti ngan aku..
name dier sharizal...
hehehe..tq 4 being such gud brother...

budak lelaki kelas aku yang Sporting!!!

inilah ketua kelas aku merangkap abg polis kiter..
cube nengok betapa garangnyer beliau...
heheheheh....

inilah antara dak lelaki kelas aku yang sporting..
yeahhh,,,hidup sains komp batch 08/09


ini lengkap famili 11st eleven dalam kelas aku..

barisan jejaka 'cumil' except farid,,,hehehehehe..
jangan mara kowg..hehehehe



yeahhh..ini dia tok imam kiter..
muka penuh tawadhuk...
untung org kampung ajim dapat imam macam dier..
sejuk ati atuk ajim..hehehehehe




fasi kene hentam..

unidentify??????

ermm..
aku makin tension ngan dak kat dalam kelip udm..
undentify...
wa..da la tak letak name sebenar...
ermmm...
pos comeent tah pape...
bm dier dapat baper agaknyer...
tak paham bahasa melayu..
lain ditanya lain dijawab...
hebat la sangat tuh...
ishhhh...
kalau la aku kenal dier....
aku akn ..................
bagi salm kat dier....
hahahahahha..
memang bengang ngan dier..
tapikan kiter sesama islam...
tak baik gado...

BTN kat kem bina negara besut..

wah..bersemangat la konon naik bukit keluang..
padahal org last..kuangkuang..

antara cambaran gementar kat sana..abseiling..
5 tingkat bagunan..tapi actually bese jer..cewahh..
berlagak plak..padahal masa belum naik...heheheheh

makanan kat sna best and free plk...


antara budak sains komputer yang pergii..
muka bahagia je padahal...
dalam kepala..wawawawawa,,banyak assigment





inilah yang aku banggakan..
walaupun dak kelas aku separuh da pegi tapi..
dowg tetap anta kami kat bus...
dahla petang waktu tido..
luv u all..


befday long!!!!!13 march 2009













ini plak antara scene befday long..
masa ney long di baling dengan air longkang..
tepung..sos..
dan berbagai campuran air minuman di kafe..
hehehehehe..
masa ni juga aku menjadi pengarah program befday dier...
hehehehehehe...
papepun pas tu kitaowg sambut dengan kek dan dilimpahi cahaya lilin kat court takraw..
hehehehe..
yang penting masa bersama ngan dak klas..
adalah masa yang terindah..
hepiii befday long kong!!!!!
luv u...


ANTARA SCENE BEFDAY UNACI...











KEnaNGAN BEFDAY UNACI!!!!

















ini waktu befday una ci..
antara befday yang aku jadi pengarah programm..
pas befday unaci..
kitaorg main baling2 krim kek..
ternyata pada malam itu tiada yang terselamat pulang dengan pakaian bersih..
hehehehehe...