cerpen nukilanku~~inilah kehidupan~~

Di keheningan malam, kelihatan gerak tubuh orang wanita yang sedang kusyuk menghadap penciptanya. Diaberdoa dalam linangan air mata supaya Allah mengampuni segala dosa-dosa silamnya. Jam menunjukkan pukul 3 pagi namun Aisha,wanita tersebut masih setia di sejadah cintanya.silauan cahaya dari lampu tidurnya menampakkan kesungguhannya memohon keampunan. Bagi Aisha segala esak tangis taubatnya masih tidak cukup berbanding dosa silamnya.
Sebagai seorang wanita yang dilahirkan dengan kecantikkan semula jadi,tidak hairanlah dirinya sering menjadi igauan lelaki ke mana sahaja kakinya melangkah. Jodoh pertemuan adalah kuasa illahi, Aisha dijodohkan dengan seorang lelaki yang beriman oleh kedua orang tuanya. Aisha tidak dapat menolak kehendak orang tuanya walaupun batinnya menjerit membantah tindakan itu. Ketika majlis penikahannya berlangsung, muka Aisha masam mencuka,tidak sedikit pun menunjukkan riak kegembiraan.
Setelah semuanya selesai, Aisha berada di dalam bilik bersama suaminya,Adam. Keadaan menjadi tegang apabila Aisha meminta hubungan mereka tidak mendatangkan apa-apa hasil dan Aisha tidak mahu perhubungan ini bertahan dengan lamanya. Setelah kedua-dua diam sebentar,Adam memulakan bicara.
“sayang… salahkah kalau kita mencuba untuk menyayangi satu sama lain. Masjid yang baru kita bina ini akan saya pertahankan. Setelah saya menikahi awak,saya berjanji awaklah pemaisuri hati saya yang akan saya jaga walaupun nyawa saya yang perlu saya korbankan. Sayang… saya berjanji, saya akan membuat awak bahagia disamping saya” ucap adam memujuk Aisha.
“bahagia? Eh,kau dah gila ke? Aku takkan dan tak pernah sayang kau. Aku tak puas dengan kehidupan aku lagi!!! Kalau bukan kerana mak dan ayah,mati-mati aku takkan terima kau! Kau dengar sini eh, perkahwinan ini hanya syarat,bila dah cukup masa ,aku nak kau lepaskan aku!” jerit Aisha.
Adam hanya mendiamkan diri .dia tahu Aisha masih marah kerana terpaksa berkahwin dengannya. Adam juga tidak menyangka akan dikahwinkan secepat ini. Dia juga menurut kata orang tuannya. Walaupun baru menamatkan pengajian dalam bidang syariah di Mesir,Adam akur tentang jodohnya. Bagi Adam pilihan orang tua adalah pilihan yang terbaik.dia akan berusaha menjadi seorang ketua keluarga seperti yang ditetapkan dalam islam. Malam itu Adam tidur di lantai bebantalkan lengan dan berbekalkan doa agar segala-galannya akan menjadi baik.
Hari-hari yang dilalui memang memerlukan segenggam ketabahan. Aisha akan mencari jalan untuk memulakan pertengkaran. Setiap kali berlakunya pertengkaran,Adam akan beralah dan cuba meleraikannya. Aisha yang bekerja sebagai seorang setiausaha di sebuah syarikat masih tidak puas menikmati kehidupan luarnya. Tidak pernah dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, apatah lagi melayan suaminya dengan baik. Adam tetap menunggu saat itu dengan penuh kesabaran.
Suatu hari ketika dalam perjalanan ingin bejumpa dengan Aisha di pejabatnnya, adam melihat Aisha berjalan berpegang tangan dengan seorang lelaki menuju ke sebuah restoran. Jantung Adam bedegup kencang. Pandangannya kelam, Adam cuba mengawal diri, dia beristighfar beberapa kali. Adam tidak mahu menegur Aisha di khalayak ramai kerana boleh menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan. Adam terus pulang kerumah. Adam menunggu aisha di rumah untuk menyelesaikan pekara ini kerana kesabaran Adam ada batasnya dan Adam juga tidak mahu menjadi seorang lelaki dayus.
Pukul 6 petang Aisha tiba di rumah, baru sahaja aisha mahu melangkah kebiliknya Adam memanggilnya.
“aisha,tunggu sebentar, ada perkara yang ingin saya ingin bincang dengan awak” tegur Adam.
“ha? Apa lagi. Saya penatlah. Lainlah awak nak lepaskan saya.” Sindir Aisha
“Aisha!!awak sedar tak ape yang awak kata ni! Tak cium bau syurga perempuan yang meminta cerai tanpa sebab.., dah tiga bulan kita bernikah, tidak ada sedikit ruangkah di hati awak tu untuk saya?? Kenapa awak keraskan hati awak? Apa lagi yang perlu saya buat untuk awak. Apa yang perlu saya buat untuk dapatkan cinta dihati awak.saya tak pernah sentuh awak tapi awak benarkan lelaki lain sentuh awak? Siapa lelaki yang penggang tangan awak tengah hari tadi” luah Adam dengan suara yang agak tinggi.
“oh, jadi awak dah nampaklah segala-galanya..urmm.. encik adam untuk pengetahuan awak, bukan salah saya,saya dah jelaskan pada awak dari dulu lagi, saya takkan pernah sayang awak. Lelaki tadi tu kekasih saya,dan lagi satu lagi untuk pengetahuan awak dalam perut ni adalah zuriat dia.” Terang Aisha tanpa mempedulikan perasaan Adam.
“Astaghfirullah.. Aisha, kenapa awak sanggup berzina? Dosa besar Aisha, dosa besar,, awak tau tak?!!
“awak yang tak ceraikan saya , jadi saya pilih jalan ini. Puas hati awak??” Aisha menjenggilkan matanya lalu berlalu masuk kebilik.
Adam teduduk di sofa seakan tidak percaya, Aisha sangup melakukan perbuatan yang telarang dalam islam. Adam berasa bersalah kerana tidak memenuhi permintaannya sehingga Aisha sanggup melakukan pebuatan terkutuk itu. Adam mengambil wudhuk dan menunaikan solat magrib. Dalam doanya Adam berharap Allah menunjukkan jalan bagi menyelesaikan masalahnya. Setelah termenung panjang di sejadah, Adam bangun lalu mengetuk pintu Aisha.Aisha enggan membuka pintunya.

“aisha, saya tahu awak dengar apa yang saya nak cakap ni, saya minta maaf kerana saya tak lepaskan awak, awak telah memilih jalan yang salah. Saya tak nak orang yang saya sayang mengulangi kesilapan ini lagi. Kita selesaikan secara baik. Saya Adam haikal bin said melepaskan nurul Aisha dengan talak satu. Awak nikahlah dengan pilihan awak dan teruskan dengan jalan Allah. Saya doakan kebahagiaan awak. Maafkan saya tak dapat buat yang terbaik dalam perhubungan ini. Saya pergi dulu, jaga diri awak sayang..” Adam berlalu dari rumah itu dengan jujuran air mata. Itulah kali pertama dia memupuk rasa cinta pada insan bergelar wanita. Hatinya sangat pilu tapi dia redha dengan ketetapan Allah.

Berlainan dengan Aisha, hatinya berbunga riang. Tidak sabar rasanya berjumpa dengan kekasih hati ingin memberitahu berita gembira ini. Akhirnya dia mengikut kehendak hatinya. Namun jauh di sudut hatinya terdetik satu perasaan yang sangat sunyi dan diulit kesedihan.Aisha cuba membuang perasaan itu jauh-jauh.
Keesokkan hari, selepas makan Aisha berkata sambil tersenyum pada Johan, kekasihnya.
“johan,I ada berite baik ni.”
“berita ape?” Tanya johan binggung
“Adam dah lepaskan I, jadi kite bolehlah bina keluarga kite sendiri bersama anak yang bakal lahir ni.” Terang Aisha kegembiraan.
“ha! Adam dah lepaskan u? biar betul, bukan adam sayang sangat dengan u, macam mane plak Adam boleh lepaskan u.?
“erm sebab dia nak kite kawin dan menjalani hidup dijalan yang betul, kenapa u macam tak gembira?” Tanya Aisha.
“erm,gembira,,gembira sangat-sangat…marilah kita balik” jawab johan acuh tak acuh.
Dalam hati johan timbul belbagai perasaan..takut,marah dan binggung. Bagaimana dia mahu menikahi aisha sedangkan dia sudah mempunyai isteri.kesenangan yang dia perolehi juga hasil dari harta isterinya.menikahi aisha bermaksud dia akan kehilangan segala-galanya. Lagipun perhubungan dia dengan Aisha hanya sekadar mengikut nafsu. Johan pening dan buntu memikirkan untuk menyelesaikan masalahnya.

Malam tersebut johan tidak dapat melelapkan mata. Pelbagai cara dia fikirkan untuk menyelesaikan masalah ini. Johan betul-betul buntu kerana di sudut hatinya dia menyayangi isteri dan anaknya. Jika perkara ini terbongkar, johan pasti isterinya mesti meminta cerai. Johan semakin buntu dan akhirnya johan mendapat idea. Johan terpaksa melakukan semuanya demi kepentingannya bersama keluarganya.

Keesokan harinya johan bertemu dengan aisha. Johan berterus terang pada aisha yang dia sudah berkahwin dan meminta aisha mengugurkan kandungannya dan kembali bersama adam. Johan mengatakan perhubungan ini hanya sebuah kesilapan. Johan tidak sanggup meninggalkan keluargannya untuk bersama Aisha.
Tiba-tiba pandangan Aisha menjadi kelam.. dia duduk sebentar di sebuah bangku berdekatan tempat itu. Johan rasa bersalah namun hanya itu jalan keluar yang ada. Setelah lama minit kemudian Aisha mengangkat kepalanya.merah mata Aisha dengan jujuran air mata.
“awak ingat nak lepaskan diri macam tu!! Ok fine..awak dah ada jalan awak, saya pun ada jalan saya! Kalau awak tetap tak nak bertanggungjawab saya akan beritahu isteri awak!” tengking Aisha sambil berlalu meninggalkan johan. Johan memanggil Aisha namun Aisha tidak berpaling sedikit pun.
Hati Aisha remuk. Orang yang paling disayanginya sehingga dia sanggup mengadai maruahnya telah mempermainkan perasaannya. Kakinya bagai tidak bolah melangkah lagi. Air matanya tidak putus-putus berjujuran.
Sampai di rumah Aisha terus menuju ke katil. Aisha terus menangis. Baginya kehidupannya sudah sampai ke penghujungnya. Dia mengusap perutnnya yang semakin membesar. Tidak tahu ingin mengadu masalahnya pada siapa.kalau mengadu pada ibu bapanya, tentu dia di buang keluarga, pada kawan-kawan pula sudah lama dia mengasingkan diri dari kawannya yang kecewa dengan sikapnnya bersama johan. Saat itu dia rindu pada pujukan dan nasihat- nasihat lembut adam.
“ahh..kalaulah aku boleh putarkan masa..” tangis aisha lagi.
Aisha mula mahu membuat tindakan bodoh. Dia ingin membunuh diri, lalu dia ingin kedapur untuk mengambil pisau.baginya tiada lagi guna untuk hidup. Baru sahaja ingin melangkah ke dapur telefon bimbitnya berbunyi. Aisha bercadang ingin mematikan telefon itu namun setelah melihat nama adam tertera di skrin laju tangannya menekan butang hijau.
“ Assalamualaikum Aisha” suara lembut adam di hujung talian.
“waalaikummusalam” jawab Aisha tersekat-sekat.
“maaflah menganggu Aisha, tapi saya hanya sekadar ingin bertanya khabar dan mahu mengetahui keaadaan Aisha sebab sebelum habis edah Aisha tetap di bawah tanggunjawab saya. Lagipun Aisha kan sedang berbadan dua.” Kata Adam memulakan bicara.
Aisha tidak dapat membendung air matanya lagi.
“adam..saya…” esak tangis Aisha semakin menjadi –jadi.
Adam kebingungan..
“kenapa Aisha, kenapa awak menangis..”Adam turut hanyut dalam kesedihan Aisha..dia membiarkan aisha menangis seketika untuk meluahkan perasaan sedih..
Sepuluh minit kemudian bila keadaan menjadi tenang, adam bertanya kembali pada Aisha.
“Aisha, berkongsilah dengan saya masalah awak,jangan simpannya seorang diri,, kalau ada yang boleh saya tolong saya akan tolong dengan izin Allah.”pujuk Adam.
Aisha menceritakan semuanya pada Adam. Dia juga bercadang ingin membunuh diri.
“astafirullah.. Aisha….. saya faham perasaan awak tapi kematiaan buakn ada kesudahannya. Awak bersedia mengadap Allah dalam keadaan awak macam ini? Nasihat adam.
“saya tahu adam tapi saya tiada jalan lain. Saya ingin memberitahu isterinnya tapi tidak sampai hati kerana saya tahu apa perasaan seorang perempuan bila suaminnya curang.
“ aishaku.. dengar kata-kata saya ini. Apa yang lepas itu biarlah ia berlalu, setiap kejadiaan pasti ada hikmahnnya. Kalau awak tetap bersamanya mungkin awak tidak akan bahgia maka Allah telah memutuskan perhubungan ini untuk memeberi kehidupan yang lebih baik pada awak. Berilah ruang pada diri awak untuk kembali pada jalan awak, peliharalah anak yang bakal lahir itu pada jalan yang benar supaya dia tidak mengulangi kesilapan awak. Anak adalah harta yang tidak ternilai Aisha. Hargailah pemberian Allah.” Lembut kata-kata adam.
Aisha mula tersedar akan kesilapannya.sedikit demi sedikit dia dapat menerima kata-kata adam.
“Aisha, kalau awak ingin tahu, awaklah perempuan pertama yang bertahta dihati saya. Cinta saya ikhlas pada awak kerana cinta saya pada Allah. Aisha.. sudi tak awak bersama saya semula , memulakan kehidupan yang baru. Insyaallah saya akan menjaga awak dan anak yang bakal lahir itu dengan baik.” Kata haikal.
“adam..terima kasih…saya berjanji sya akan menjadi yang terbaik untuk awak, maafkan kesilapan saya adam” jawab aisha dengan sedu sedan penuh terharu.

Kehidupan yang mereka lalui selepas itu sangat berbeza. Adam menjaga Aisha dan kandungannya seolah-olah seperti anaknya sendiri. Aisha pula sudah menjadi isteri yang soleha. Dalam hati adam dia memanjatkan syukur kerana Allah menyelamatkan rumah tangganya. Aisha semakin sarat mengandung. Adam tidak membenarkan Aisha bekerja. Dia hanya ingin Aisha berehat sahaja dirumah. Keprihatinan dan kasih sayang adam membuatkan Aisha kagum dengan ketetapan illahi. Dia berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya dan berusaha menjadi isteri yang soleha.
Saat yang ditunggu telah tiba. Aisha selamat melahirkan bayi lelaki.Adam dan Aisha tidak putus-putus memanjatkan kesyukuran. Mereka menjalani kehidupan dengan bahagia bersama haikal anak yang baru lahir itu.
Lima bulan kemudian, adam terpaksa ke mesir atas urusan kerja. Pada waktu itu Aisha tidak berapa sihat. Sebelum berangkat ke mesir, adam menemani Aisha ke klinik. Aisha disahkan mengandung. Betapa bahagiaanya adam ketika itu bagai mahu sahaja dipeluk dan dicium isterinya di situ namun adam sedar dia dihadapn doctor. Adam hampir saja membatalkan urusannya ke mesir tapi dilarang Aisha.
“abang..pergilah,,sayang boleh jaga diri. Selama ini pun abang dah banyak manjakan Aisha” pujuk Aisha.
Adam akur dengan kata-kata Aisha. Walaupun hati Aisha berat untuk melepaskan Adam selama dua mingu kerana tidak pernah berpisah dengan adam selama itu. Aisha menantikan kepulangan Adam dengan penuh sabar.
Sebelum Adam pergi adam mengucup dahi isterinnya dan anaknya haikal. Air matanya mengalir kerana terpaksa meninggalkan keluarganya.
“sayang jaga diri bila abang tiada nanti, jaga kesihatan dan jaga adam anan kita baik-baik” pesan adam.
“baiklah abang.” Jawab aisha dengan linangan air mata.
Dua minggu berlalu bagai dua puluh tahun lamanya. Setelah dua minggu berlalu, Aisha bersiap- siap ingin menjemput adam di lapangan terbang. Malam tadi adam menelefonnya supaya mengambilnnya di lapangan terbang pada pukul lima petang. Adam tidak dapat berbual panjang kerana terlalu letih atas urusan kerja. Aisha faham akan keadaan adam dan menyuruh adam tidur awal.
Baru saja mahu melangkah keluar,telefon rumannya berdering. Aisha mengangkat ganggang telefon. Dua minit kemudiaan aisha jatuh terjelepuk, sambil memandang haikal di pelukannya, Aisha menangis. Kapal terbang adam terhempas, dan adam disahkan meninggal di tempat kejadian. Pandangan Aisha gelap. Rengekan haikal menyedarkannya. Aisha bergegas ke hospital.
Upacara pengebumian diadakan di rumah orang tuanya. Aisha tidak kuat untuk meneruskan semuannya. Haikal juga dijaga oleh orang tuanya. Sebulan berlalu, badan aisha menjadi kurus kerna tidak lalu makan. Selepas menunaikan solat isya aisha tertidur di atas sejadah. Aisha bermimpi Adam datang sambil memeluk dan mengucup dahinya. Dalam mimpi itu adam member kata- semangat pada Aisha.
“ sayangku, janganlah berputus asa. Allah sentiasa menjaga awak dan anak kita. Sayangku.. jagalah diri awak agar awak dapat menjaga keluarga kita dan anak kita yang bakal lahir. Dia adalah harta yang saya tinggalkan untuk awak. Sayang.. kita hanya berpisah sementara.. berdoalah kita ditemukan di taman syurga.. InsyaAllah..” adam pergi dengan sebuah senyuman.
Aisha tersedar dari mimpinya, lalu dia beristigfar. Dia telah mengabaikan anaknya. Keesokkan hari nya dia meminta izin kedua orang tuanya untuk pulang kerumah dan menjalankan kehidupan seperti biasa. Kedua orang tuanya bersyukur atas perubahan Aisha.
Walaupun Aisha berasa sangat sedih namun dia perlu berjuang untuk anak-anaknya. Setiap hari dia berdoa dia akan bertemu adam ditaman syurga………
Nukilan..
Siti nurfarah ain bte mohd shah..

LEVEL OF LOVE BASED FROM AL-QURAN~~iluvislam~~

Menurut hadis Nabi: Orang yang sedang jatuh cinta, cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu).

Sabda Nabi: Orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu).

Sabda Nabi juga: ciri dari cinta sejati ada tiga -
(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan
(3) lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai dibanding kemahuan orang lain/diri sendiri.

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah SWT, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.

Dalam Qur’an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, mahunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

2. Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih walaupun ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.

Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antara orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur’an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim.

Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim ertinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.

3. Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedut seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.

4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) boleh jadi seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyedari apa yang dilakukan. Al Qur’an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, isteri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.

5. Cinta ra’fah, iaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak sanggup membangunkannya untuk solat, membelanya meskipun salah. Al Qur’an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kes hukuman bagi pezina (Q/24:2).

6. Cinta shobwah, iaitu cinta buta, cinta yang mendorong kelakuan yang menyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur’an menyebut term ni ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)

7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur’an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur’an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahawa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma’tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as’aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa’ika,
aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.

Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab “Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin”, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, (hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi).

8. Cinta kulfah yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur’an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)

Isu Sebat : Jawapan Kepada Tun Dr.Mahathir

Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, berkata di dalam blognya : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Beliau kemudiannya berkata :

"Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?
Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan."

Sebagai menyahut pertanyaan Tun tersebut, saya sediakan artikel ringkas ini memberikan input kepada beliau dan mereka yang masih tertanya-tanya.

ARAK DAN STATISTIK KEBURUKANNYA

Sebelum saya menghuraikan secara ringkas jawapan bagi persoalan Tun Dr Mahathir, izinkan saya meningingatkan pembaca berkenaan arak dan statistik keburukannya, sehingga menyebabkan Islam begitu bersungguh melarang dan meletakkan undang-undang ke atas peminumnya juga. Ia sebenarnya tidak lain kecuali untuk mengutamakan keadilan umum, di atas hak individu.

Menurut statistik rasmi di United Kingdom, Alcohol-related crime adalah seperti berikut :-

* Hampir 45 - 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alkohol (arak).

* Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali.

* 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alkohol (arak)

* Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.

(Source: British Crime Survey 2007/08)

Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak. ( sumber )

Tanpa had dan kawalan berkesan, lebih menggerunkan di UK statistik menunjukkan 30% kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan.

Seorang doktor di London memaklumkan purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak. (rujuk)

Dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas.

Secara purata rakyat Britain 'menelan' arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak ‘peminum arak' sebelum ini.

Hasil dari petikan statistik ringkas ini, adakah masih terdapat pemimpin yang begitu ‘TIDAK BERTANGUNGJAWAB' sehingga sanggup mempertahankan penjualan arak dengan MELUAS tanpa kawalan dan hanya beriman dengan ‘kawalan diri'?, disamping membawakan hujjah hak kebebasan individu, bangsa, agama tertentu dan hak syarikat?

Sebenarnya, membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dan lain-lain negara aktif arak.

HUKUMAN MINUM ARAK DALAM ISLAM

Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w

Ertinya : Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )

Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain.

Firman Allah swt yang bermaksud:

"Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219)

Lagi Allah menegaskan yang ertinya:

'Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan'( Al-Maidah : 90)

Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.

Kerana itu nabi menyebut, ertinya : 'Arak itu adalah ibu kepada kejahatan' ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)

Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas.

HUKUMAN SEBAT BAGI PEMINUM ARAK

Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawapannya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya :-

1) Hadis Nabi: 'Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka' ( Riwayat Abu Daud)

2. Hadis Nabi : 'Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali' (Riwayat Muslim) [1]

3. Hadis Nabi: 'Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali '(Riwayat Muslim) [2]

4. Hadis Nabi: 'Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) [3], maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)[4]

5. Athar sahabat: Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim ) [5]

6. Hadis Nabi: 'Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)[6]

Jika dikatakan, itu semuadari hadis, maka apakah pula dalil al-Quran yang menyuruh? jawabnya adalah

'Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan' ( An-Nahl : 44)

Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada Al-Quran.

PERBEZAAN TASFIRAN ULAMA

Ulama telah bersepakat bahawa mesti dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit. Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :-

1) Adakah hukuman sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman hudud atau hanya ta'zir.

Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud.

Namun demikian, sebahagian ulama lain seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta'zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak.

2) Jumlah sebatan yang perlu dikenakan.

Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Pertama : Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali : Sebatan sebanyak 80 kali sebatan sama ada lelaki atau perempuan.

Kedua : Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta'zir , manakala 40 sebatan yang awal adalah hudud.

BOLEHKAH PESALAH TIDAK DISEBAT?

Ia bergantung kepada mazhab mana yang dterima pakai oleh Mahkamah Syariah Malaysia, hakim dan negara Malaysia.

Jika Hudud

Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak Allah swt. Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.

Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama[8] melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.

Jika Ta'zir

Jika kesalahan ini dianggap dari jenis Ta'zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie.

Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini.

SEJAUH MANA SEBATAN INI ADIL?

Pertama

Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, tidak layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya. Allah tetap adil walau Dialah yang menyesatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebahagian yang lain. Kerana apa adil? Kerana piawaian adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya. Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia, maka individu tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan Allah swt ini ke sebuah alam ciptaan sendiri.

Kedua

Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kasihan dan bukan dendam kesumat dan ‘geram' memukul.

Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam iaitu [9] :-

* Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.[10]
*
Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
*
Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dan pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
*
Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.
*
Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.

Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah.

Bagi saya, jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu.

Tanda-tanda Taubat Diterima ALLAH

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

Sama-samalah kita memperbanyak lafaz istighfar memohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun. Semoga dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita semua akan tergolong di dalam golongan mereka yang mendapat maghfirah Allah ta'ala.Insya Allah.