cinTA yanG seBenar..

butir-butir air mata ini mengalir lagi..
sejuta penyesalan dalam hati ini..
aku lalai dalam tawaku..
lalai dari mengingatiMU..ampunkan aku Ya Tuhan..
Ampunkan hambaMU yang hina ini.

Tuhan..
mengertikah dia pada pendirianku..mengertikah dia pada penyesalanku..

lepaskan aku dari belenggu ini..

tekadku cuma satu..

mahu menyintaiMU dalam tiap hembus nafasku..

cinta yang mampu buat aku bahagia..

dunia dan akhirat kelak..

suluhlah lorong gelap hidupku..

dengan cahaya hidayahMU..

tiuplah ketenangan dalam mengingatiMU..

kurniakan lah aku tongkat kekuatan untuk berada di jalan MU.

biarlah..biarlah dia membenciku..biarlah dunia membenciku..

aku tetap mahu menagih cinta dan kasih sayang mu..

kerna ku tahu bahagia yang sebenar adalah..

ketika aku mengingatiMU setiap detik dan waktu..

dan tika dunia ini bukan lagi untukku..

namaMu tetap dibibirku..

itulah bahagia,itulah sayang,itulah cinta yang hakiki..


Tiada TaJuk.

Sudah lama jari jemari tidak mencoret bahasa jiwa..
Kini jasad membawa jiwa yang sangat duka..sangat lara..
Tuhan..diri mahu menjunjung segala perintahmu..
Apakan daya..lemahnya semangat menjadi pewira atas namamu..
Buat diri seolah sebuah rumah yang dilanda ombak lalu dihanyutkan cebisannya hingga tiada jumpa.
Tuhan..kemana lagi kaki mahu melangkah..
Kemana lagi harus kucari kekuatan itu..
Bagaimana lagi aku ingin teguh pada jalanku..
Bukan aku mahu bersungut..apatah lagi mahu menyesali kehidupan ini.
Namun..aku hanya hamba yang lemah..memohon sedikit kekuatan..
Untuk keteruskan perjalanan yang tinggal..
Walau perjalanan ini..mungkin tiada makna bagi orang lain..
Tapi bagiku..kehidupan yang telah Engkau kurniakan..
Perlu ku jaga serapi mungkin..
Agar dapat ketemu penciptaku ini…
Dengan cara yang paling baik…yang paling indah..
Tuhan …
Tika ini..aku tidak punya sedikit pun kekuatan lagi..
Tidak punya sesiapa disisi..menemani…
Berikanlah aku kejayaan walau langkah ini semakin lemah..
Semoga..setiap detik perjalan yang bersisa.. buat aku tidak henti bersujud padamu..