aku dibius cinta?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


'AKU DIBIUS CINTA'

adalah satu tajuk forum yang dianjurkan oleh exco helwanis fakulti pengajian Islam UDM.

Tempat : Dewan kuliyah Utama UDm
Masa :8.30-11.00
ahli panel : 1)ustaz Anas b.yunus
2)ustaz Fauzi b yusuf
3)ustazah normadiah bt daud
4)saudara kabir(moderator)


Objektif forum ini adalah untuk menerangkan pada para pelajar tentang erti cinta sejati antara lelaki dan perempuan,,
apabila disebut tentang cinta.mungkin ada yang tersenyum dan ada yang menangis..
itulah hakikat cinta,namun disini ahli panel menerangkan peraturan cinta kepada para pelajar agar kita tidak terkeluar dari landasan agama,,

antara peraturan cinta

  • cinta kita kepada seseorang itu hanyalah kerana Allah dan mengharapkan redhaNya
  • apabila bercinta,jangan sesekali langgar peraturan yang Allah tetapkan(seperti berkhalwat,bersentuh2an,berdua2an dan sebagainya yang boleh mendekati zina)
  • cinta itu fitrah yang tak boleh ditolak tapi boleh dikawal.sebaik baiknya di IPTA ini kita hendaklah menumpukan pada tanggugjawab kita bukan cinta. kawal lah nafsu dengan mendirikan solat dengan sempurna,berpuasa,dan membaca Alquran
  • cinta yang sejati tidak lahir hanya pada kecantikan jasmani.
  • jika kita hendak bercinta,kembali pada cinta yang Utama dahulu iaitu cinta pada Allah. nikmat didunia ini hanya sementara tapi akibat azab diakhirat kerana dek terjebak oleh cinta nafsu yang membawa kepada zina matlah teruk.

banyak lagi yang dibincangkan dalam forum yang agak menarik itu..tapi hanya sedikit yang saya mampu kongsikan buat renungan bersama,,

antara mutiara kata dalam forum tersebut adalah.

"tiada wanita yang cantik sangat cantik tapi lelaki yang lemah pada kecantikkan"

"cinta tanpa peraturan melambangkan kelemahan seseorang"

saya harap kawan2 dapat meningkatkan iman dalam mencari cinta yang diredhai Allah..

amin

0 Response to "aku dibius cinta?"