Tuhan..
mengertikah dia pada pendirianku..mengertikah dia pada penyesalanku..
lepaskan aku dari belenggu ini..
tekadku cuma satu..
mahu menyintaiMU dalam tiap hembus nafasku..
cinta yang mampu buat aku bahagia..
dunia dan akhirat kelak..
suluhlah lorong gelap hidupku..
dengan cahaya hidayahMU..
tiuplah ketenangan dalam mengingatiMU..
kurniakan lah aku tongkat kekuatan untuk berada di jalan MU.
biarlah..biarlah dia membenciku..biarlah dunia membenciku..
aku tetap mahu menagih cinta dan kasih sayang mu..
kerna ku tahu bahagia yang sebenar adalah..
ketika aku mengingatiMU setiap detik dan waktu..
dan tika dunia ini bukan lagi untukku..
namaMu tetap dibibirku..
itulah bahagia,itulah sayang,itulah cinta yang hakiki..

